Menara Merdeka 118
Menara Merdeka 118

Menara Merdeka 118

Perdana Menteri Malaysia ke-6
Kabinet
Insiden dan kontroversi
Pilihan raya umum
KeluargaMenara Merdeka 118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan sebuah pencakar langit megatinggi dengan jumlah 118 tingkat setinggi 678.9 m (2,227 ka), yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaan tersebut menelan belanja sebanyak RM5 bilion.[1] Apabila dijangka siap kelak pada 2022, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia menggantikan Menara Berkembar Petronas, bangunan tertinggi di Asia Tenggara menggantikan Landmark 81 di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam dan juga akan mengambil alih tempat Menara Shanghai di Shanghai, China sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia. Setakat ini, Merdeka 118 adalah bangunan tertinggi di dunia yang masih dalam kerja pembinaan. [2][3]Ia terdiri daripada 400,000 meter persegi ruang kediaman, hotel dan komersial.[4] Ia sedang dibina di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.[1] Projek itu akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).[5]Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[6][7]Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.[8][9]

Menara Merdeka 118

Pemilik Permodalan Nasional Berhad
Status Selesai
Menara antena 160 m (520 ka)
Tinggi 678.9 m (2,227 ka)
Nama lama KL 118, Heritage of Independence, Menara Warisan Merdeka, PNB Headquarters, PNB 118, Merdeka PNB118, Merdeka Tower
Disiapkan pada 2022
Pembinaan bermula 2014
Pemaju PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Bumbung 518.9 m (1,702 ka)
Kontraktor utama Samsung C&T
Kumpulan UEM
Arkitek Fender Katsalidis Architects
Keluasan tingkat 292,000 m2 (3,140,000 ka2)
Bilangan tingkat 118
Jenis Kegunaan bercampur